Bebas dari exam. Sebenarnya dah lama tapi saje baru bagitau. Sekarang boleh berblogging bila-bila masa yang saya rasa nak tulis blog. Dah lama saya tak jenguk blog err dalam kata lain jenguk tuh ada tapi tak post entry je. Kebelakangan ini mood malas-malas makin menjadi-jadi tak nak tulis entry. Ini yang rasa semacam nak dipersalahkan setan je. Terlalu banyak mende yang nak di ceritakan. Ok mari saya citer satu persatu apa yang sedang saya lakukan selepas tamatnya exam. Sapa yang nak tau jom baca sama-sama. Sapa yang tak nak baca pergi main jauh-jauh. HAHA!
OK ?
Sebelum tu selamat tahun baru 2011. Ya saya tau tak ucap lagi. Better late then never right? Semoga tahun baru membawa sinar baru dalam life korang semua. Ceh sinar baru sangat la. HAHA! Kita sambung tentang life saya selepas abis exam. Sekarang hanya duduk di rumah sajelah sambil melakukan aktiviti-aktiviti berfaedahhh (wadehel). Tak perlu la saya bagitau kerna aktiviti yang dilakukan tersangat la bosan. Tapi bagitau jugaklah coz lama tak menulis entry. Lepas ini jangan mintak entry dah bila saya tak update. HUHU!
Let's start !
Setelah habiskan exam maka tamat la saya sebagai seorang pelajar sekolah. Sangat rindu saat-saat di form 6 atau sekarang dah ubah menjadi Pra Universiti. Walaupun pada hakikatnya nampak dah besar tapi hati kami kecik (?). Not lah kami sangat bertuah sebab dapat belajar di tingkatan 6. Zaman persekolahan yang gila-gila. Study pun sempoi jer dengan cikgu-cikgu yang sporting. Cikgu-cikgu yang selalu bergelak dengan kami. Rindu sangat saat itu :( . Setiap pagi mesti rasa macam nak pergi sekolah jumpa kawan-kawan, rehat sama-sama, pergi perjumpaan sama-sama, even pergi tandas pun sama-sama (watdehel),jalan sama-sama, gelak sama-sama, kena denda pun sama-sama.HAHA! Sumpah rindu saat itu sangat ! Rasa macam nak pergi sekolah waktu rehat jer sekurang-kurangnya boleh mengimbau kenangan lalu. Tapi saya kena dan perlu terima kenyataan pertemuan dan perpisahan semua di tangan-Nya. Masing-masing akan membawa haluan sendiri. Kalau di takdirkan berjumpa lagi maka akan jumpa la kami semua nanti. InsyaAllah.
Isk, ada air jernih jatuh atas keyboard. Oh sedihnya. Takpe nanti kite lap same-same ye :'(
Ok tutup cerita itu. Bukak yang lain pula. *sedang mencari mood ceria*
Yay! Tahukah duduk di rumah sangat bosan apabila tiada sesiapa. Yer itulah saya yang tak ubah seperti seorang suri rumah. Perlu ke cerita apa yang suri rumah lakukan? Semestinya Ya. Hari-hari hanya melakukan rutin yang sama. Makan (?), memasak, basuh pinggan, jemur kain di ampaian, kemas rumah dan menggosok baju anak-anak mereka. Oh bagi saya tidaklah mengiron baju anak-anak kerna masih takde anak. Giler hape kalau tak kawen tetibe ade anak. HAHA! Bagi saya cukup la hanya ada anak kucing,Itupun neighbour punya. Sangat comel anak KUcing dia tapi tersangatlah busuk najisnye. Tapi saya happy kerna masih di kurniakan anak. Huh! anak apakah kau ada? Semestinya anak mata, anak rambut, dan anak tekak. Syukur. Maka dapatkah anda imagine seperti apa yang saya lakukan. Argh imagine saje tak cukup buat baru tahu. Oh tak baik mengeluh dan saya buat semua itu dengan ikhlas tanpa ganjaran, habuan mahupun gaji or something. Sebagai anak bila lagi nak berbakti kepada kedua ibu bapa. Tak begitu? *bajet anak mithali la kau*
For those yang masih tak tahu yang saya bakal berpindah. Ulang taip. Bakal BERPINDAH dari negeri tumpah darahku. Bila dapat news dari my parents rasa macam di hempap oleh batu yang sangat besar dan mungkin boleh juga di ibaratkan seperti bulan jatuh ke riba (?). Bila di fikirkan balik saya terimaa dengan hati yang redha. Parents terlalu gembira dengan berita ini dan saya pun kena gembira juga. Takkan saya nak protes wat sepanduk bantahan dengan laungan yang agak-agak kasar sebagai perencah tambah pula hentak-hentak kaki tanda memprotes. Huh tergolongan anak derhaka la kau. Simpang malaikat 44. Minta Ya Allah jauhkan dari sifat-sifat camtu. Kata nak jadi anak mithali :) Maka as soon as possible saya kena berpindah. Macam mana lah hidup di sana tanpa kawan-kawan di sini. Harap segala baik-baik saja.
Letih menaip. Rehat sekejap ! Sambil layan lagu dalam blog sndiri ;P
InsyaAllah next post akan saya cerita kenapa berat hati nak tinggalkan J-Town and macam mane life saya di negeri orang. HAHA! Apesal tetibe jer rase semacam nak gelak. Padahal tempat tuh tidaklah terlalu asing bagi saya. Ok jumpa di lain post. Itupun kalau di sana my parents belikan broadband. HAHA! Sana mane ada internet. Huuu :(
Pesanan penaja : Penggunaan KGND 'saya' mahupun 'aku' akan di gunakan mengikut kuasa budi bicara penulis :)
0 comments:
Post a Comment